Thursday, 19 October 2017

TAUBATNYA PENJAHAT BERKAT BACAAN SELAWAT

TAUBATNYA PENJAHAT BERKAT BACAAN SELAWAT

Seorang yang sangat zuhud bernama Syeikh Abdul Wahid bin Zaid berkisah sebagai berikut :

Seorang tetangga kami, bekerja sebagai pegawai negeri dan sangat jahat ketika hidupnya di dunia, dan melakukan maksiat dan suka menakut-nakutkan orang.

Pada suatu malam, saya melihat di dalam tidur bahwa tangan tetangga saya tersebut memegang tangan Rasululloh ﷺ  . Saya bertanya kepada  Rasululloh ﷺ  :
“Wahai Rasululloh, sesungguhnya orang ini sangat terkenal sebagai penjahat di muka bumi, bagaimana ceritanya engkau menaruh tanganmu memegang tangannya ? “

Rasululloh ﷺ  bersabda :
“ Saya mengetahui apa yang engkau katakan tersebut. Oleh kerana itu, saya datang untuk memberikan SYAFAATku kepadanya. ”

Kemudian saya bertanya kepada Rasululloh ﷺ  :
“ Wahai Rasul, apakah kelebihan tetangga kami itu, sehingga engkau memberikan syafaatmu ? ”

Rosululloh ﷺ  menjawab :
“ Tetanggamu itu banyak membaca SELAWAT kepadaku. Pada tiap malam ketika dia hendak tidur, dia selalu membaca selawat 1000 kali ( seribu kali ), sehingga aku mohon kepada Alloh ﷻ  mudah-mudahan syafaatku ini diterima disisi-Nya, agar tetanggamu ini bertaubat kpd-Nya.”

Berkata Syeikh Abdul Wahid ( sohibul hikayat ) :
“ Di pagi hari saya mengajar di Masjid
sebagaimana biasanya, tiba-tiba datang tetangga itu, disaat saya sedang menceritakan apa yang saya lihat di dalam tidur ( mimpi ), dia masuk dan mengucapkan salam sambil menangis, lalu dia berkata :
“ Wahai Syeikh Abdul wahid, izinkanlah aku menjabat tanganmu, kerana Rasululloh ﷺ  mengutusku kepadamu, agar aku bertaubat di hadapanmu, dan disaksikan oleh murid-muridmu di Masjid ini. ”

Syekh Abdul Wahid telah berjabat tangan dengan tetangganya yang telah menyesali segala perbuatannya selama hidupnya tersebut. Ia berjanji tidak akan mengulanginya kembali perbuatan jahatnya tersebut.”

Subhanalloh…… Setelah itu, Syeikh Abdul Wahid bertanya kepada tetangganya tersebut : “ Apakah yang menyebabkan engkau bertaubat, wahai saudaraku…?” Tetangganya
menjawab :

“ Rasululloh ﷺ  telah
datang kepadaku di dalam tidurku, dan beliau meneceritakan kepadaku tentang soal jawab yang terjadi antara engkau dengan beliau, kemudian Rasululloh memegang tanganku dan bersabda:
“ Aku datang kepadamu untuk memberikan syafaat Alloh atas segala dosamu, adalah semata-mata kerana engkau banyak membaca Selawat atasku. ” “ Setelah itu beliau bertitah kepadaku, agar di pagi hari aku datang kepadamu, Wahai Syaikh….Untuk mengumumkan kepada khalayak ramai bahwa aku telah bertaubat yang sebenar-benarnya…..”

Demikianlah keberkatan membaca Selawat atas Rasululloh, ternyata tidak sia-sia bagi setiap lisan yang selalu di basahi dengan Selawat .

Kisah diatas sebagai bukti nyata Syafaat Rasululloh , bahwa pembacaan selawat dapat mengugurkan dosa-dosa yang pernah terlanjur dikerjakan oleh seseorang. Sebagaimana diterangkan dalam Hadits :
“ Diriwayatkan dari Abu Bakar As Shiddiq : beliau berkata, bahwa selawat kepada Nabi ﷺ lebih cepat menghapus dosa dari pada air dingin memadamkan api dan lebih utama daripada memerdekakan hamba sahaya ”

Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya...dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu.

No comments:

Post a Comment